Login Help Register
Notakaki
Lelaki ini

Tentang : Notakaki

Nama Gelaran Notakaki
Umur 31
Jantina Lelaki
Bandar
Negeri/Negara Malaysia
Status Perkahwinan Belum Berkahwin
Kaum


Kaunter Hit : 6751

Komen Terkini
Aku ingin 'pulang'....
Dosa itu adalah... (ainadyna)
15 May 2008 7:48 AM

Aku ingin 'pulang'....
idup penuh ngn... (suria)
15 May 2008 7:48 AM

Telunjuk lurus 'keling'keng...
Kawan makan... (ainadyna)
14 May 2008 9:36 AM


Kategori
  • Tiada Kategori

Blog Kegemaran

Penyokong Blog

Arkib



Thursday, May 15, 2008

Aku ingin 'pulang'....

 

Allah,

wahai engkau yang ku sembah

dalam akalku kau adalah fikiran

bahawa

hidup ini adalah jalan

jalan ke syurga

ke neraka,

keyakinan ku begitu teguh,

bahawa segala yang tersurat

pasti akan berlaku.

 

Engkau wahai tuhanku!

mentakdirkan hambamu

berjalan ke matlamat kesukaaanmu

engkau takdirkan hambamu

ke neraka

ke syurga

dalam kejadian-kejadian yang kau jadikan

makhlutmu,bangsaku manusia

berdiri dalam kejahatan

dan kemungkaran

maka terbetik aku bertanya

apakah ada hambamu yang meminta neraka ?...

Aku ini hambamu...

tidak pernah meminta hinaan dan sumpah seranah bila tersilap

dan berfikir aku lagi,

adakah semua ini satu kekejaman,

satu kekejaman yang kejam..?

 

hambamu aku ini

hambamu setiap insani

maka berdosakah tidak kami??

tuhanku kau maha mengetahui !

wahai kekasih yang tak pernah ku lihat

engkau tahu..

bahawa aku tidak bermaksud menyakiti

sesiapa pun...

dan aku menulis mengikut gayaku !

 

Notakaki- Kadang-kadang kita tidak mengenal siapa pun kita, persoalan apa?,mengapa?, kenapa?, bagaiamana...?


Tag/Label :
Dipostkan @ 07:48 AM | 2 Komen | Report Abuse

Wednesday, May 14, 2008

Telunjuk lurus 'keling'keng berkait!!

Seorg kawan biasanya kita tidak tahu hati budinya selagi belum benar benar teruji. Juga kita tidak akan dpt menaksirkan ikhlas atau tidak selagi belum sampai masanya teruji.

Jgn percayakan seseorg atau sesiapa saja, jgn sesekali percaya pada ikhlas yg takada tulus. Itu kenyataanya!! itu faktanya,,aku alaminya..terdiam seketika! terduduk sekejap!

Kemudian aku sedar selagi kita ini manusia, semuanya akan berlaku..tidak kira siapa. Seorg kwn baik atau ataupun sekadar kawan "angguk" atau kawan "geleng". (kwn yg kita just jumpa dan sapa lebih kurang hehehe, itu namanya kwn angguk atau geleng)

Terdiam seketika bila mati mati aku percaya kwn aku, tapi idup idup aku tertipu! Aku ditipu hidup hidup!! dia merampas keseronokan aku di minggu ni!!

Pagi ni entah kenapa, mengenangkan semuanya aku jadi marah, mungkin bukan sesiapa tapi kepada diri sendiri yg terlalu lurus dan tidak berprasangka pada orang lain.

Mungkin satu kesilapan, mungkin tidak disedari, mungkin tidak dipeduli sangat tentang aku ini,,,mungkin semuanya..jadi aku mengambil keputusan untuk memaafkan...namun tidak akan melupakan.!!

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 09:36 AM | 3 Komen | Report Abuse

Tuesday, May 13, 2008

Ubah lah sikap tu kawan...

 

Fuad dan Lijah keluar makan malam bersama kali pertama, Fuad berazam akan cuba bergembira dengan Lijah. Lijah tertumpah jus oren ke atas ribanya. Kata Fuad "biar saya tolong bersihkan." Lijah terlupa kunci rumahnya. Kata Fuad "saya pun selalu macam tu." sambil tersenyum...

Tiga tahun selepas tu. Lijah dan suaminya Fuad keluar makan malam. Lijah tertumpah jus oren ke atas ribanya. kata Fuad "kau tak senonoh!cuai!" Lijah terlupa kunci rumah "kau ni nyanyuk betul lah.."

Orangnya sama, situasi sama,sikap yang berlainan. Apabila kita MAHU menyukai seseorang kita akan bersabar dengan kelemahanya, apabila kita mahu marah seseorg,kita akan memberi tumpuan pada kelemahanya, keburukanya. Yang menentukan perasaan kita terhadap seseorg bukan sikap mereka tapi SIKAP KITA sendiri.

P/s: kau faham?...selesaikan masaalah kau sebelum terlambat....itu nasihat aku...

 

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:21 AM | 4 Komen | Report Abuse

Friday, May 9, 2008

Minyak oh minyak...

Harga minyak akan sampai ke angka USD200.!!! woit! harga minyak akan naik setinggi tu. Sedar tak lagi woit!!

Apa akan berlaku bila harga minyak naik setinggi tu? kenapa harga minyak naik sampai ke angka tu? apa sebenarnya yg berlaku...padahal simpanan minyak dunia cukup?

Minyak adalah ibu segala masaalah didunia hari ini. George Bush menyerang Iraq hari tu bukan kerana Bush teringin nak usap usap kepala Sadam Husin, tetapi Bush ingin menguasai  telaga minyak.

Bush main ugut-ugut nak serang Iran bukan kerana Bush nak ambik alih kedai kebab kat tepi Sg Iran tu, tetapi Bush nak kuasai minyak Iran.

Kenapa Bush nak tawan negara-negara Teluk? jawapanya adalah kerana minyak!!

Minyak adalah sumber untuk hidup hari ini. Tanpa minyak manusia akan kembali ke zaman batu. Manusia tidak dapat hidup tanpa minyak hari ini.

Kenapa beras, sawit,soya dna gandum naik berpuluh puluh malah beratus ratus kali ganda skrg ni? jawapanya kerana minyak. Manusia telah mencari jawapan bagaimana menghasilkan Etanol dan Biodiesel dr tumbuhan.

Bila semua ini berlaku..harga makanan akan menjadi mahal. Negara-negara miskin tidak akanmampu untuk membeli bekalan. Rakyat akan merempat dan merusuh kerana kekurangan makanan.

Tabung bantuan antarbangsa terpaksa mengurangkan peruntukan bagi sesebuah negara kini. Akibatnya pelarian Dapur, pelarian Sudan dan sbgnya akan kekurangan bekalan makanan. Manusia akn mati kebuluran..

Negara-negara dunia ketiga seperti Malaysia tlah pun merasai kesannya kini. Contoh paling mudah ialah kenaikan harga barang telah menyebabkan aliran politik Malaysia telah berubah. Rakyat telah mula sangsi pada kemampuan kerajaan bila kerajaan gagal mengawal kenaikan harga barang. Lalu rakyat mula berubah arah kepada pembakang bagi mengekang kenaikan harga barang ini.

Apa yang sebenarnya kita semua tidak faham ialah kenaikan barang ini akn terus berlaku dan terus berlaku. Krisis beras akan berlaku dan harga beras, gandum, sawit dan keperluan asas akan terus meningkat dan meingkat.

Semua bekalan makanan sekarang terpaksa berkongsi dengan permintaan bagi menghasilkan Biodiesel dan Etanol. Kerajaan terpaksa membayar harga lebih bagi mengimport barangan barangan ini.

Akibatnya peruntukan bagi pelajaran dan kesihatan terpaksa dikecilkan. Kesihatan dan pelajaran adalah sesuatu yang penting, namun tidak sepenting keperluan bagi mengisi perut. Jadi kesihatan rakyat akan lebih teruk lagi. Rakyat terpaksa membayar lebih bagi mendapatkan khidmat kesihatan. Bekalan ubat-ubatan terpaksa di catu dan dikurangkan bila keadaan benar-benar terdesak.

Masa ini lah rakyat akan memberontak dan akn terjadi rusuhan. Apa yang diberitahu bukan untuk menakut-nakutkan..ianya telah pun terjadi dinegara-negara miskin seperti Sudan dan Zimbabwe. Negara ini telah mengalami rusuhan dan terpaksa meminta bantuan makanan dari Bantuan Antarabangsa.

Tetapi dengan kenaikan harga barangan keperluan asas ini bekalan bantuan kepada negara-negara miskin terpaksa di kecilkan jumlahnya. Bayangkan kalau dulu pun bekalan tidka mencukupi sekarang terpaksa dikecilkan lagi.

Akan ada kanak-kanak kecil dan orang-orang tua yg mati kebuluran. Ini telah pun berlaku di Dapur.!!

Minyak oh minyak...kerana minyak semuanya jadi kelam kabut. Minyak adalah ibu segala masaalah dunia ini.

Kenapa minyak mahal!? sebabnya ialah kerana sekarang ini negara penjahat iaitu Amerika sedang bangkrap dan jatuh miskin. Semua negara didunia ini menggunakan dollar untuk berurus niaga. Pembelian apa pun mesti menggunakan dollar. Jadi bila Dollar menjadi murah duit negara-negara lain akan menjadi mahal. Faham??? tak faham?? hahahaha belajar ekonomi lah....

Kita agak terselamat kerana RM telah meningkat sedikit..pengukuhan RM ini telah membantu kita bagi mengimbangi kenaikan harga barangan yg terpaksa di import. Faham? tak faham...hahahaha woit!! tu lah masa kat U dulu kau org tidur dan malas...

( Di harapkan penggunaan matawang dinar bagi negara-negara Islam akan terlaksana nanti. Ini boleh mengurangkan pergantungan pada Dollar dan Euro. Biar Amerika baham tanah terus lepas ni.)

Tak faham takpelah....yg senang kata ialah 30 ke 40 tahun akan datang dunia akan berperang. Atau pun tak sampai 20 th dari sekarang bila keperluan semakin memuncak. Bunga-bunga ke arah itu telah pun ada skrg ni. Amerika perlukan minyak dan Iran mempunyai simpanan minyak.

Bayangkan sendiri lah....dan fikirkanlah sendiri...kacau bilau ini semakin di tambah dengan cuaca dunia yang semakin kacau bilau ini. Gempa bumi, taufan dan sbgnya...Mynmar telah pun mengalaminya...kesanya amat besar nanti. Kitaran dunia akan berubah bila keadaan semakin teruk nanti.....

Kita di Msia ini masih lena lagi dengan AF...hahahaha..melayu masih slow slow lagi...tapi biarlah...siapalah sangat melayu ni kan...bagi konsert free sikit kat 'jom heboh' senyum simpullah...lupa segala-galanya...jadi 'meroyan' pun senyum lagi.  

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 04:35 PM | 4 Komen | Report Abuse

Thursday, May 8, 2008

AKU

 

AKU 

Andai tiba masanya nanti,

Yang entah bila-bila saja akan tiba

Aku tidak mahu kau, atau sesiapa pun juga

yang memberi tangis..

Aku ini hidup

Bukan kerana cuma ingin menerima

tetapi juga ingin memberi

Andai aku tidak diterima

itu aku tidak mahu peduli

kerana aku tahu, aku ingin hidup

bukan kerana sesiapa...

sampai masanya aku juga akan pergi

tinggalkan orang-orang yang disayangi

untuk mengikuti...

orang-orang yang disayangi yang telah pergi selamanya....


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:26 AM | 1 Komen | Report Abuse

Wednesday, May 7, 2008

Siapa tuan?, siapa bos?, siapa bodoh?

' Al kisahnya mengikut buku hikayat lama maka muncullah Raja Suran di Bukit Seguntung Mahamiru datang bertetmu dengan Wan Empok dan Wan Malini. maka padi pun berbatangkan tembaga,beradaunkan perak dan beruahkan emas tanda menyambut kesampaian putera raja keturunan Iskandar Zulkarnian. Cucu-cicit benih Wan Empok dan Wan Malini inilah yangmenajdi orang melayu...gitulah al-kisahnya.'

Itu adalah petikan dari buku hikayat lama, ianya satu mitos atau rekaan oleh pelipurlara zaman dulu dulu.

Mitos menjadi satu ingatan kolektif manusia melayu untuk melihat kembali asal usul mereka. Mitos ini sengaja di ada-adakan zaman feudal atau beraja di Melaka zaman dahulu.

Kalau di Jepun maharaja nya mendakwa mereka golongan beraja mewakili tuhan diatas bumi, atau Ahmad Reza Pahlavi yg berasal dr Raja Darius yang memerintah Parsi 300 tahun dulu.

Itu semua satu mitos dan sengaja diada-adakan oleh pihak pihak yang memerintah. Kerana kebodohan dan kurangnya ilmu pada masa itu, rakyat akan menerima bulat-bulat apa yang ceritakan. Rakyat akan memandang tinggi kepada pihak pemerintah ini. Ianya satu penipuan yg tersusun.

Itu zaman beratus ratus tahun dulu, zaman skrg ni kalau diceritakan akan menjadi satu bahan jenaka atau membuatkan orang akan ketawa. Tetapi mitos-mitos ini masih ada lagi yg dipercayai walau tidak sepenuhnya.

Kemajuan sains dan kemodenan manusia telah berjaya memperlihatkan banyak dari mitos-mitos ini tidak amsuk akal dan tidak rasional langsung.

Tetapi bagi masyarakat melayu skrg ini masih lagi mempercayai satu mitos..iaitu mitos KETUANAN MELAYU.

Inilah yang sekarang ini di adu dumba kan oleh pemimpin melayu. Melayu akan hilang ketuanan melayu nanti! Melayu akan tergadai satu hari nanti, melayu akan hilang identitinya suatu hari nanti. Melayu akan musnah dan hilang dr peta dunia dan macam-macam lagi.

Igt mitos sengaja diada-adakan.! sama lah dengan ini, dan yang memasang 'cd' tentang mitos ini ialah puak puak bengong lagi dungu yang masih menganggap melayu skrg masih sama di zaman Wan Empuk dan Wan Malini dulu.

Mereka ini ialah orang politik yang kononya mewakili orang melayu. Tak mahu sebutlah, sendiri mau ingat lah...melayu wajib bersatu! Malaysia kepunyaan melayu..satu hari nanti melayu akan tergadai!!

Sepatutnya bila kita faham tentang mitos dan kenapa ianya sengaja diada-adakan kita akan faham kenapa smeua ini sentiasa di laungkan. Kalau dulu mitos ini akan di tambah dengan unsur-unsur misteri,seram dan magis.

Sekarang ini dilagukan sebagai akan kehilangan bangsa, kehilangan ketuanan dan sbgnya.

Ini semua berlaku bila kaum kaum atasan yang selama ini hidup mewah dan kaya raya di Bumi Msia ini mulaterasa rakyat sudah mula hilang kepercayaan kepada mereka untuk menjaga rakyat. Mereka telah merasakan yang kedudukan mereka tergugat dan akan jatuh. Lalu di ada-adakan semula mitos mitos tentang ketuanan melayu ini. Melayu akan tegadai, melayu akan ditindas, melayu akan merempat. Semua ini sengaja di ada-adakan untuk menakutkan rakyat.

Yang akan tertindas ialah mereka-mereka sendiri. Mereka tidak lagi dapat membaham harta-harta di Msia ini,Puak-puak ini sudah merasakan mereka sudah kurang menjadi perhatian kepada 'pemodal pemodal' besar ini.

Puak-puak pemodal ini lah sebnarnya memiliki ekonomi dan menajdi tuan di negara ini. Dengan modal yg besar mereka boleh mempegaruhi arah, dan mengurus lanskap budaya politik di negara ini.Meraka ini adalah tuan yg sebenarnya.!!

Kita cuma berada di bawah sebagai alat sahaja dan akan selamanya di mitos kan oleh para pemimpin yg diatas. Sentiasa digunakan...yang kaya raya dan memegang ekonomi sekaligus menajdi tuan ialah pemodal pemodal . Mereka terdiri dari berbagai kaum, ada cina ada india ada melayu dan ada bangsa lain.

Ketuanan melayu apa bendanya kalau selama ini taraf kita sama sahaja, makin melarat dan makin merempat kaum melayu sehingga ke hari ini. Jadi jangan peduli tentang mitos ketuanan melayu dan melayu bersatu ini. Itu semua satu retorik dan mitos sahaja.

Lain lah kalau nak masuk panggung wayang tunjuk sahaja mykad, ada tertulis bangsa melayu, dapat diskaun ok lah. Ni sama juga. Nak beli tiket bas sama juga harga dgn bangsa-bangsa lain. Nak buat pinjaman PTPTN kena bayar juga. Nak pnjman dgn Bank sama juga proses nya dgn kaum lain, malah lebih susah lagi pun...jadi mana ketuanan melayu selama ini....sah ianya stu mitos sahaja selama ini.


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:15 AM | 0 Komen | Report Abuse

Tuesday, May 6, 2008

Melayu @ Lemming.

Menurut Reader's Digest Universal Dictionary 'LEMMING' ialah binatang sejenis tikus yang terdapat di utara Amerika dan Eropah Utara. Ia digunakan untuk kiasan kepada individu yang menajdi pak turut sesuatu tindakan yang akhirnya membawa bencana kepada dirinya sendiri.

Lemming ini sekarang banyak sangat berkeliaran di Msia ini, Lemming-lemming ini sudah beranak pinak dan berkeliaran dimana-mana sahaja.

Bertapa bodoh nya manusia yang digelar sebagai Lemming ni...bodoh lagi sombong..nak tahu siapa Lemming-Lemming ni...?

Dulu lama dulu, kanak-kanak sekolah disuruh belajar Metamatik dan sains dalam bahasa Inggeris, Lemming-Lemming ni muncul dan mengeluarkan bermacam-macam pendapat tentang kebaikkan penggunaan bahasa inggeris dalam pembelajaran metamatik dan sains.

Mereka ini terdiri dari ahli politik, pensyarah, profesor dan ahli-ahli akademik. Mereka ini lah yang saban masa ingin menumpang semangkuk dengan mengeluarkan bermacam-macam pendapat dan bersurah macam macam tentang kebaikanya nya. Sama seperti bos mereka dulu iaitu Dr Mahathir yang galak sekali dan gian sekali menggunakan Lemming-Lemming ini.

Akhirnya...Lemming-Lemming ini menjadi balaci dan budak suruhan kepada bosnya itu. Bertahun-tahun kerja Lemming-Lemming ini cuma mengiakan dan mengangguk-ngangguk kepada apa sahaja idea yang dikemukakan oleh bosnya.

Masa itu kaum cina tetap dengan pendirian mereka. Tanpa mengira parti politik atau pertubuhan mana sekali pun kaum cina bersatu menentang matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Seperti diketahui oleh umum, akhirnya bahsa cina tetap kekal...

Tetapi kaum melayu ni terus menjadi lemming kepada UMNO dan terus memberi sokongan. Kalau ada yang menetang pun cuma dua tiga kerat sahaja. Tu pun dari jauh saja duduk melaung. Yang melaung dan bertempik cuma segelinitir sahja. tu pun bila digertak sedikit terkemut - kemut 'telur' mereka.

Tiba-tiba sekarang ini, bila UMNO Johor mula serius bercakap menentang pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris, ramai pula yang menumpang semangkuk. Mangkuk mangkuk  hayun ni mula bersurah semula. Mereka mula mengeluarkan semula hujah hujah tentang keburukan bahasa inggeris untuk mengajar matematik dan sains.

Mulalah para pemegang PHD, pensyarah, profesor dan dato-dato ahli politik bersurah marah kepada kaedah ini. Kedengaran sekarang selang seminggu kenyataan dari mereka-mereka ini meminta menteri pelajaran mengkaji semula matematik dan sains dalam bahasa inggeris.

Inilah ahli politik melayu dan para cendikiawan melayu, mereka tidak ubah seperti Lemming!! memalukan kaum melayu sahaja. Kenapa tidak dari dulu lagi terus menentang dan membantah seperti apa yang dibuat oleh kaum cina. Kenapa sekarang baru terhegeh-hegeh dan menjilat semula ludah?

Tidak kiralah apa sahaja isu atau topik, dari masaalah bohsia, mat rempit, isu kemalangan bas ekpres..ramai yang akan menjadi Lemming demi untuk menjaga periuk nasi mereka.

Dengan muka yang tak malunya..mereka-mereka ini akan memutarbelitkan kenyataan mereka semula. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk bercakap.

Mereka Lemming - Lemming ini bukan berjuang untuk bangsa melayu tetapi untuk survival politik mereka sahaja.!! Itu pasti dan 'ngok' sangat lah kalau kita semua tidak faham dan perasaan.

Bila orang seperti Jamaluddin Jarjis boleh bercakap tentang angkasa dan angkasawan...dimasa yang sama boleh mengaku mabuk dan tidak sedar meraba punggung perempuan..nampak sangat kita semua bodoh kerana memilih Lemming ini menjadi pemimpin kita.

Selagi masih ada manusia-manusia yang terlalu fikirkan tentang kekayaan dan selagi masih ada rasuah di kalangan melayu ini, selagi itulah kaum kita tak kan boleh berjaya.

Lemming-lemming ini akan terus beranak pinak dan berkeliaran mencari makanan...sampai bila-bila pun. Satu sahaja yang boleh dilakukan oleh kita..'mandul'kan lemming-lemming ni.!!

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 09:47 AM | 3 Komen | Report Abuse

Monday, May 5, 2008

Jalan Pulang..

 

Jalan Pulang!!...sambutlah tangan aku...

Ku ketuk pintu kamarMu
dalam kelelahan amarah
bukalah meskipun sebelah
ingin ku jengkuk menandakan kehadiran ini
di terima sudah
biarpun tidak sempat kubuangkan lelah
di cadar malam
bersama ratib malaikat kian menggelam.

Di laman ini kurelaikan
batu-batu dosa
yang membelenggu jantung hatiku
biar pecah berderai
segala mazmumah
hanyut bersama air mata keinsafan
dari tuju penjuru alam
berangkat dari wadi tadahan wahyu.

Aku berdiri di sini, berteleku pada diri
kesujudan ini sampai abadi
keinsafan ini sampai ke mati
di sana pun akan kutawaf
arashyMu sampai bangkit
kembali - bersama malaikat
lelah dan keringat tidak ku hitung lagi
mengalir membasahi bumi hakiki.

Tuhan aku tidak mahu
memaksaMu - kalaupun Kau tidak menerimanya
aku sudah puas
kerana kutelah gagahkan jua kudrat
untuk rebah di sini - atas takdir Mu
dengan luka maha dalam
yang kuguris dari hakikat diri
yang ku toreh dari lurah hati
kuldi yang tertelah telah kuluah
dengan muntah dan darah
kupacak azam
tidak mengulangi lagi
bermain di jerat syaitan.

Biarlah pada hari yang Kau izinkan ini
terpenuhi dengan derita yang Kau maafkan
yang mengalir di lembah Jannah
kuturap bersama air mata penyesalan,
hanya kupinta
kembalikan kasih miliku dulu
satukan kembali roh kudusku
sampai bila bila pun
biar betapa hinanya aku ini
namun kuhajati jua nikmat kudusmu itu.

Itulah yang ku impikan dari
permusafiran ini
Dengarlah oh Tuhan ku
dengarlah...
jerit pengembara yang luka
jerit pengembara yang terseksa
jerit pengembara yang fanak
jerit aku ini hambamu
hambamu yang tercari cari sinar kasih kudus itu
dalam cahaya kebesaranMu.

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:01 AM | 6 Komen | Report Abuse

Sunday, May 4, 2008

Raba sekali boleh!?( JJ)

Semalam aku tidak sempat membelek akhbar harian, bila malam sewaktu berjumpa dengan teman-teman dan berborak tentang berbagai-bagai hal tiba-tiba terkeluar hal seorang gadis tingkatan lima yang sedang berada di hospital sekarang ini.

Dengar seorang gadis berada dihospital bukanlah sesuatu yang pelik sangat pun, biasa je, tetapi gadis berusia 17 tahun dengan wang sebanyak RM80,000 berada di akuan peribadinya agak memeranjatkan.

Anak gadis yang kaya dengan wang dan kaya dengan kehebatanya itu setiap ptg jumaat akan menaiki kapalterbang dari Kuala Terengganu dan datang ke Kuala Lumpur untuk "bekerja'.

Bezanya kerja dia bukankerja kat KFC atai Mc'donalds tetapi kerjanya ialah ialah menjadi 'gundik' kepada lelaki lelaki kaya. Pendapatanya agak lumayan iaitu Rm4000 untuk sekali kerja 'partime'nya .

( aku berharap mamat yg jadi ketua polis tu siasat betul betul siapa pelanggan anak gadis tersebut,adakah orang orang politik di Msia ni,? kerana aku sudah hilang langsung hormat pada pemimpin politik Msia bab bab sundal menyundal ni!, siapa yang mengatur semua ini, siapa dibelakang dia, dan aku harap bawa mereka yang melakukanya itu ke muka pengadilan.Tolong gunakan segala akta yang ada untuk hukum mereka mereka ini nanti!)

Terkejut!!? argh!! biasa je rasanya, kenapa nak terkejut kan. Kat Msia ni biasa sudah biasa sangat kan, kalau mengikut statistik kaum melayu lah paling ramai buang anak. Ingat buang anak!!, bukan gugur kandungan tau!...kaum lain jarang buang buang anak ni, kucing pun tak buang buang anak ni, haruan pun tak buang, cuma makan je anak je.!

Rasa risau dengan apa yang berlaku!? ..rilek..jangan panik! itu belum apa apa pun lagi...cuba ingat tentang Sufia tu, cuba ingat para gadis melayu yang sekarang ni memenuhi penjara sekitar dunia kerana membawa dadah.

Terjerat?? hahaha..sendiri mau ingat lah bro! terjerat ni kalau betul betul tertipu, tapi kalau dah terpikat dan mabuk dengan cinta dengan lelaki hemsem dari benua lain itu bukan terjerat, itu pengorbanan kepada temanlelaki.!

Rasa mual dengan apa yang berlaku skrg ni ke atas anak gadis melayu!! cool bro!! cool !! jenguk lagi ke UIA, UITM dan cuba masuk kesana dan bersandar di pintu kereta dan cuba control hemsem sikit, pasti akan ada anak anak gadis melayu yang menjadi pelajar@pelanggan kepada universiti-universiti tersebut akan datang dan senyum. Selang dua tiga jam kemudian mereka mereka ini akan berada disebelah sambil ketawa mengekeh-ngekeh! Tak pecaya lagi...!! silalah ke sana dan bertanya sendiri...

Rasa nak marah!!? rilek lah pakcik pakcik dan makcik makcik oooi....ingat beberapa hari lepas heboh satu Malaysia Jamaluddin Jarjis di siasat kerana meraba punggung seorang pelayan di sebuah hotel...siapa Jamaluddin Jarjis,,,oh dia seorang bekas menteri dan seorang ahli parlimen Malaysia,!! nak aku tambah kan lagi tentang nya....cukuplah...sendiri mau ingat lah bro!!!

Jadi aku bersyukur kerana melayu skrg ni bukan cuma tahu mencipta sejarah dan masuk ranking dunia dengan membuat keropok terpanjang atau mencipta rekod membuat baulu terbesar, tetapi anak gadis melayu skrg mampu mencipta sejarah menjadi pelajar yang mendapat pedapatan tertinggi.!! tahniah!! syabas!!!

Cuma dalam kegembiraan ini, aku berharap kita semua kembali menilai dan melihat kembali...dimanakah kita berdiri skrg ini.!!

Tapi kalaulah orang yang kita undi dengan susah payah duk meraba punggung perempuan, bagaimana nak jadi elok kan.!! Kalau pemimpin yang kita pilih dna ikut duk berlakon dalam DVD lucah camner nak kita nak jadi betul.! ala kita pun macam ketam juga....mesti tak boleh nak ajar anak berjalan betul.!! Sendiri mau ingat lah beb!!!


Tag/Label :
Dipostkan @ 11:46 AM | 3 Komen | Report Abuse

Friday, May 2, 2008

awek, aku dan dok.dok.dok..(part 4)

Diakah didepan aku ini.....? dia kah.....? yang sedang berkata "hai" kepada aku..? atau cuma jelmaan dan igauan aku sahaja...?

" Lambatnya u masuk ofis..."

Tobat pun, aci cukur kepala sampai botak pun aku gugup, aku tergamam, aku kaku, aku gabra dan aku..aku...rasa nak melompat-lompat...

Macamana dia boleh berada disini, berada didepan aku skrg ni. Orang yang lima enam hari dulu telah curi sebahagian kecerian aku berada didepan aku skrg.

Betulkah dia ni? dia yang memakai jeans biru dan bertshirt merah ni betulkah dia??

Kalaulah aku boleh main selak selak baju dia,tentu aku dapat sahkan jawapanya..

" You dari mana ni..." gugup aku masih terasa, gagap aku mula datang.

" Tak kemana-mana pun, sejak dari pukul 8 tadi lagi, i dah tunggu u kat sini...."

" Oh lamanya..." serentak dengan tu aku jeling jam kat tangan kanan aku, lagi 3 jam 27 minit untuk masuk waktu makan tengahari.

Huh! huh! huh!! dia datang menunggu aku, dia datang semata-mata dia ingin mencari aku...??? Aku nak nak mintak maaf kat mak aku pasal sangka perut dia tak sejuk masa kandungkan aku.

Aku renung dia atas dan bawah, aku tengok dia dengan lebih jelas lagi, kenapalah dia cantik sangat, Melihat mukanya, melihat hidungnya yang terletak diatas bibirnya, melihat bibirnya yang merah tu...oohh...aku nak berhenti jadi orang sehari dua ni....

" I nak call u tapi i tak tahu no u, no yang u bagi hari i tercicir, tak tahu kat mana i letak..."

" La.." ces!! lidah aku jadi pendek sgt.

" You tahu...i tension betul..nak call tak boleh..handphone i pulak dari hari tu tertinggal kat dalam kereta i. Bila i pergi chekc balik lepas 2 hari tu, cina workshop cakap takde..., tension betul i..."

Kau orang dengar tu, dia tension dan perkataan tension tu dia sebut dua kali. Pertama dia tension pasal no hp aku tercicir ke dua pasal hp dia hilang dan dia tak dapat mennerima panggilan aku.

Segala-galany sudah bersuluh dan terang sekarang, semua sangkaan aku terhadapnya itu cuma perasaan aku sahaja. Langsung tak boleh dipakai...

Apa kah kesimpulan aku skrg?? hanya satu, dia sukakan aku, suka- sesukanya..

Kalau tidak masakan dia terasa tension bila tidak dapat menerima panggilan dari aku..

" So u datang ni semata-mata nak cari i lah..."tanya aku, masih dalam keadaaan percaya dengan tidak percaya pada diri sendiri lagi.

" Tak.."

Aku tak tersinggung dengan jawapanya tu, eleh mungkin mulutnya saja kata gitu, sedangkan hatinya berkali-kali kata "ya".

" I tak masuk ofias hari ni, sengaja ambik cuti hari ni, jadi dah kebetulan cuti i datang lag kat ofis u ni, i agak-agak je u akan gunakan tangga ni untuk ke ofis u. So i tunggu lah..kalau tak jumpa u i balik je lah...saja je kebetulan i takde apa nak buat hari ni..."

Bagi orang lain mungkin akan menganggap aku ini tidak penting, dan dia cuma datang mencari aku cuma masa dia takde apa apa nak buat saja. Pendek kata dia cari aku pasal dia bosan dan takde apa apa nak buat pagi-pagi ni je. Itu semua tak penting, yang penting dia teringatkan aku pagi-pagi buta .

Kalau mengikut kata mak aku, cuma 2 jenis manusia je yang akan terngatkan kita pagi-pagi buta ni, satu orang yang kita berhutang denganya, kedua orang yang kita simpan perasaan sesuatu perasaan terhadapnya.

" Dan u datang kemari semata-mata u teringatkan i lah ni..." aku bertanya dengan telinga yang tegak semacam macam telinga arnab tu.

" Hmmm tu je pilihan yang i, alamat ofis u i takde, no ofis u pun i takde, jadi ni je lah pilihan yg i ada...apa salahnya i cuba kan..nasib i baik i terserempak dgn u..."

" ooo..kalau i tahu u tunggu i , pagi pagi lagi i dah datang ofis.." Bunyinya macam aku bergurau, hakikatnya tidak, sumpah, kalau aku tahu dia beritahu dia akan datang menunggu aku disitu, sebelum subuh lagi aku dah sampai ke pejabat, biarlah aku ganti pak guard pun, biarlah aku terpaksa berdiri sambil bersandar pada dinding pun, biarlah aku bercakap sambil menguap pun...

" kalau u tak jumpa i tadi macamana..? " tanya aku cuba 'test market'.

" i datang lainkali lah..."

Huh, dengar tu! jangan salahkan aku kalau selepas mendengar jawapan darinya tu hidung aku menjadi sangat kembang. Tidak ada lelaki yang siuman didunia ini yang tidak berasa bangga bila mendengar jawapan tersebut. Tambah lagi lelaki berbudiman seperti aku ini...kekembangan dan kebanggan aku mula menyirap ke seluruh angota badan, dan aku tidak hairan kalau aku ni dijadikan dari palstik aku akan mula menjadi belon..hehehehe seorang awek cantik dan cun gitu datang untuk mengeratkan silaturahim dan menjalin satu hubungan yang suci murni dengan aku...hahahahaha oh...rasa nak mengelepar atas tanah je...

Tetapi adakah betul dia datang untuk mengeratkan silaturahim atau sebenarnya dia ada niat lain atau sebab-sebab lain..? Berlegar-legar juga soalan tersebut dalam kepala aku.

Aku rasa macam pelik je,,awek secun tu datang untuk mencari aku? Aku mula jadi sesak nafas bila fikirkan semua tu..takkan awek secun tu datang semata-mata mencari aku tanpa ada sebab dan musabab lain.

Aku bukan Brad Pitt pun, bukan Shah rukh Khan..jadi mengikut logik dan etika hidup mesti dia ada sebab-sebab lain..mungkin dia datang mencari aku kerana dia ingin menjual insuran je, atau dia nak ajak aku masuk dan berniaga dalam perniagaan yang paling senang sekali iaitu 'Direct selling'.....

Kalau dia datang semata-mata kerana dia berniat begitu..? bagaimana..!!!???


Tag/Label :
Dipostkan @ 04:06 PM | 1 Komen | Report Abuse

Wednesday, April 30, 2008

Aku,awek dan dok.dok.dok. (part 3)

Kesimpulanya aku mesti lupakan dia...lupa selupa-lupanya...!!

Apalah gunanya aku menjadi perindu jika orang yang dirindu langsung tidak ambil tahu?

Apalah ertinya aku menajdi pungguk yang berlagu sayu kalau bulan haram tidak dengar pun rintih piluku?

Biarpun hidung aku ini sedikit tidak mancung, tetapi itu tidak bermakna aku berhak menyorong pipi pada orang yang tidak sudi.

Aku tidak akan melakukanya, cukuplah empat lima hari aku menunggu macam orang bodoh, dungu,bangang,bebal dan lembu serta keldai.

Aku tidak akan menunggu lagi. Tidak ada gunanya aku menghabiskan masa mengharap pada orang yang sudah terang-terang tidak sukakan aku. Seribu kali lebih baik aku mentelaah buku panduan telefon dari membelek-belek handphone aku yang haram tidak berbunyi tu.

Aku tidak salahkan 'dia', aku tidak salahkan kereta antik nya tu, aku juga tidak salahkan pertemuan. Biarlah..pertemuan tidak salah, yang salah ialah aku ini. Dia tidak salah, dia cantik, dia kaya walaupun memandu kereta antik. ( kereta antik ni biasanya orang-orang yang dah lebih duit je pakai). Dia anak kepada seorang lelaki kaya yang mempunyai lima enam syarikat. Dia seorang awek yang sedang mendaki tangga untuk berjaya dalam arena yang diceburinya.

Aku!?? lelaki biasa-biasa je, cucu kepada bekas ketua kampung saja. Berbekalkan semua itu aku sematkan ke hati aku, dia tidak salah.Orang cantik sepertinya tidak salah, mana boleh salah. Yang bersalah orang tidak cantik seperti aku ini.

Bagi dia menghubungi aku,bercakap dan melayani aku mungkin hanya  sesuatu yang membuang masa. aku tidak setaraf dengan dia. Aku hanya anak gagak sedangkan dia anak merak.

Dia berhak menidakkan kehadiranku dalam hidupnya. Wujud atau tidaknya aku tidak akanmemberi bekas pada kedudukanya. Tidak ada apa apa pun. Dia tidak perlu melayan aku lebih - lebih. Pedulikan hakikat aku pernah sanggup bersusah payah ditengah-tengah hujan untuk menolong melihat keretanya yang rosak. Semua itu tidak penting, segunung budi orang miskin tidak akan memberi bekas kalau dibandingkan dengan secubit jasa orang kaya. Budi aku menghantarnya ke IBM Tmn Tun dahulu terlalu kecil jika dibandingkan dengan kesudianya menumpang kereta aku.....

Dengan menyematkan kukuh-kukuh segala kenyataan tersebut, celik je mata pagi selasa semalam aku memutuskan untuk berhenti dan meletakkan jawatan sebagai orang bodoh,dungu,bangang,bebal dan lembu serta keladai. Kalau tidak kerana no hp aku ini sudah lama digunakan, aku nak patah-patahkan saja sim kad aku ini. Biarlah selepas ini tidak ada sekelumit pun ingatan aku terhadapnya. Biarlah selepas ini aku lupakannya semuanya..lupa selupanya..hilangkan terus dari hati ku ini. Biarlah aku hidup dalam kenangan, kenangan bertapa manisnya dalam hujan renyai renyai itu aku pernah memandang dia dan pernah menkagumi kecantikanya. Aku menerima hakikat ...aku mesti melupakanya....lupa selupanya.....

Tetapi semasa memandu ke pejabat semalam, bayang-banyangnya masih terus sekali-sekala melintas ke fikiran aku. Tidak hanya itu, dua tiga kali jari jariku yang tidak tahu malu ini gatal hendak mendail nombor handphonenya,

Mujurlah aku ni seorang lelaki yang kuat semangat. Berkat menonton cerita-cerita lakonan Shah Rukh Khan aku jadi semangat dan kuat. Aku berjaya mengawal semuanya itu. Kalau tidak pasti aku akan kecewa lagi..dan hati aku akan teruk lagi kerana jadi kecil hati sekali lagi....

Aku ingin lupakan dia...lupakan dia selupa-lupanya....aku kena terima yang cinta tidak semestinya bersatu....biarlah sahaja aku cumbui kenangan denganya sahaja...biarlah aku sandarkan sahaja pada harapan....ceh! ceh!! kusangka sejuk perut emak yang mengandungkan aku, rupanya panas...jadi aku mesti lupa kan dia..lupa selupanya ....sekali lagi aku ingin lupakanya terus dan cabut hati aku ini terus menerus....

kepadanya...asalamulaikum...!!! Finish, yelek,tamat,noktah, titik...

" Hai.."

Encik-encik, tuan-tuan, puan-puan, anak-anak, datuk-datuk, ibu-ibu sekalian, nanti sekejap, tunggu sekejap...ada orang sedang memanggil aku sewaktu aku berjalan dari kereta menuju ke tangga pejabat.

Aku nak tergamam, aku nak jatuh, darah berlumba-lumba naik ke kepala aku. Aku jadi gugp segugupnya, aku rasa tubuh aku ringan dan panas....aku jadi bisu dan gagap serentak....kalau tak gagap pun aku jadi parkinson seketika....aku tidak mampu menjawab soalan@ salam " hai" tu....

Diakah didepan aku ini.....? dia kah.....? yang sedang berkata "hai" kepada aku..? atau cuma jelmaan dan igauan aku sahaja....?


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:50 AM | 2 Komen | Report Abuse

Tuesday, April 29, 2008

Awek, aku dan dok.dok.dok... (part 2)

Aku masih ingat sewaktu mula-mula aku menerima dan memberi no telefon kepadanya kira kira 4 hari yang lepas.....

Memandu di Kuala lumpur dalam suasana hujan yang renyai renyai terutama pada waktu pagi, ketika semua orang dalam perjalanan ke tempat kerja bukanlah sesuatu yg menyeronokan. Terasa kereta bergerak macam siput babi atau lebih kurang siput sedut je, tersenggut-senggut.

Tetapi pagi nan istimewa tu aku terpaksa juga ke pejabat- takdir mennetukan aku tidak ada pilihan. Tepat pukul 10 aku kena berada di pjbt. Ada orang yang hendak berjumpa di pejabat.

Memandangkan urusan itu berkenanaan dengan duit aku tempuh juga walau hujan walau ribut pun. Cuba kalau cuma saja-saja nak masuk ofis seawal tu, bagi garam dua guni pun aku tak nak..

Menghampiri tol jalan LDP kereta bersesak sesak macam pakat nak masuk ke mulut botol. Terkemut-kemut dan terhegeh-hegeh...Aku tidak suka maki orang pagi-pagi macam tu, tetapi aku tidak ada masaalah untuk memaki apa saja yang bukan orang. Akibatnya teruklah segala jenis kereta, motorsikal,lori,van dan sbagainya jadi sumpah dan seranah aku.

Ketika mulut aku bersenam dengan meyumpah yumpah pada kekejaman jem pagi tu lah...nun disebelah kanan selepas lorong tunai pondok mengutip tol, ada sebuah kereta yang aku rasa-rasa aku pernah kenal...kereta tu senang dikenali kerana kat KL ni rasa-rasanya cuma ada lima enam buah je kat KL ni. Jenis kereta antik diletak gincu merah semula. Jadi dr jauh aku dah kenal kereta tu...kereta tu kelihatan seperti sedang merokok kerana aku melihat dr bonet yang terbuka ada asap yang keluar.

Kerana aku ini dilahirkan sebagai cucu kepada seorang ketua kampung sifat-sifat menolong orang sudahmenjadi darah dan daging aku. Berbekal kan dengan sifat itulah,,aku perlahan-lahan menghampiri kereta antik bergincumerah tu .

Aku cam pada kereta antik itu, aku pernah cam kepada pemandu nya, aku pernah kenal dan melihat pemandunya sekali. Aku pernah minum bersama dia sekali dengan dia ditemani oleh dua tiga orang kawanya dan aku pula sedang menemani seorang kawan.

Dia lawa, dia cantik, dia cun, dia seribu kali lebih cantik dari kereta antik nya itu.

" Dia"!

Air liur aku berebut-rebut hendak ke kerongkong sama seperti kali pertama kali bersalam dengannya sewaktu aku menenamni kawan aku berjumpa dengan kawan-kawanya. ( Atas urusan yang rasmi hehehe)

Sewaktu aku parking kereta didepan kereta antiknya tu, mukanya kelihatan agak ceria sedikit, tak tahulah dia ceria kerana ada orang berhenti atau dia ceria kerana berpeluang berjumpa dengana ku sekali lagi. (kah kah kah)

"kenapa ?"

"entahlah tiba -tiba mati je" jawabnya.

"dah pangil truk tunda?" tanyaku, melangkah menghampiri kereta antiknya dan menjenguk-jenguk bonetnya. Sesaat kemudian aku sedar yang enjin kereta antik tu terletak dibelakang. Dengan langkah yang cukup macho aku berjaya menutupi kesilapan itu.

" dah..tapi tak sampai pun lagi..." katanya

" Nak cuba tolak ke?"

" Eh tak payahlah..takkan u nak tolak kereta dengan pakai macam ni,,kan malu u je dengan pakai jaket macam ni tolak kereta dah antik ni." jawabnya..

" apa salahnya..pakai jaket lebih baik dr i cuma pakai seluar pendek je" dia tergelak, aku senyum, dia senyum balik..ceh! dalam rintik hujan tu aku melihat dia begitu cantik, kalau td seribu kali lebih cantik dr keretanya, kali ni sejuta kali lebih cantik dr kunci kereta antiknya tu. Dengan senyuman darinya tu, bukan saja aku sanggup tolak kereta dia ke workshop sampai ke Kemboja pun aku sanggup!

Seketika kemudian sebuah trak tunda sampai. Bab dengan trak tund ani tak payahlah cerita, tak menarik langsung bab cina yang banyak "haiyaaa" ''haiyaa" ni....pendekan cerita kereta dia terpaksa ditunda ke bengkel.

Aku, ada temujanji dipejabat, aku ada awek yang sejuta kali lebih cantik dr kunci kereta antik. Aku tidak mempunyai jiwa yang kuat bila berhadapan dengan awek -awek macam ni....aku lemah dan kerana kelemahan itulah aku terpaksa akur dan menerima sahaja bila mulut aku lancar je mempelawa dia untuk aku hantar kemana saja dia nak pergi.

Yang lebih ketara lagi bila mulut dan hati aku bergabung, pedulikan temujanji kat ofis tu, boleh lagi cancel atau bagitau ada hal kecemasan! Dan itulah yang aku aku sematkan ke dalam fikiran aku.

Kerana nasib aku atau kerana sejuk mak aku mengandung aku dulu, awek cantik lagi lawa tu naik kereta aku dan tinggalkan 'tempurung' opps! silap kereta antiknya tu kepada cina trak tunda tu.

Disitulah aku mula mengenalinya..mula tahu namanya dan mula bertukar-tukar no handphone.

Edora!! atau Era..no telefonya...012- OPPS! mana aci aku bagitau kat sini....hahahaha...kan kau orang kebas kan.

Sepanjang jalan ke pejabat nya yang terletak kat sebelah bagunan IBM Tmn Tun tu aku dan Era banyak berbual..macam-macam yang ditanyai dan dijawab oleh aku.

"Hari tu u teman kawan u kan"

" Ahaa, dia yang nak jumpa dengan kawan u tu kan, pasal nak buat majalah tu kan."

" Hari tu kenapa kita tak bertukar-tukar no handphone ye" ayatnya tulah...aku rasa nak jawab ...

" Kau tu sombong dan tak sedar diri...dahlah pakai kereta antik, sepatutnya org macam kau ni perlu ramai kawan, kalau boleh setiap lorong kena ada no hp kawan. Senang pasal kereta kau tu mudah semput"

Aku nak jawab macam tu...tapi tu dalam hati je...yang sebenrnya aku jawab ialah.." Entah lah.." alahai pendeknya lah. Kemudian aku sedar aku jawab macam orang merajuk je, jadi aku 'cover' supaya jangan nampak aku syok sgt kat dia. "tak tahulah"..ces!! pendek juga pun...

Aku cuma hantar dia ditepi IBM tu saja. Dimana ofisnya, yang mana satu ofisnya tidak aku peduli sangat. Kerana aku dah lewat sangat sangat nak ke ofis waktu tu.

Jadilah kerana itulah 4,5 hari lepas aku jadi menunggu-nunggu panggilan darinya...empat lima hari tu lah aku rasa kejap nak buang hp, kejap nak cabut simkad, kejap nak baling ke dinding hp tu.

Kenapa aku tidak menelefon dia??... oh!!! tuan tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian...hampir tembus keypad hp aku aku kerjakan kerana menelefon dia.!!

Sebagai lelaki aku juga ada ego jugak, bila dah seharian menekan-nekan punat hp tu dan yang cuma terdengar suara minah maxis tu je...terasa juga yang aku ni tak perlu lagi menunggu-nunggu darinya.

Aku perlu sedar perempuan seperti dia lebih sukakan lelaki tua dan botak serta boroi, sesuai dengan kereta nya. Sepatutnya ku sedar semua tu, sepatutnya ku sedar yang tidka semua perempuan sukakan lelaki berbudiman macam aku ni. Ada juga yang jenis pelik-pelik macam Era ni.

Yang sepatutnya juga aku sedar ialah dia tidak sukakan aku!!!

Ciss!!! dia belum kenal aku dari dekat lagi, bagaimana dia boleh tak sukakan aku.

Tetapi kalau dia sukakan aku kenapa dia tak menelefon aku langsung-langsung.

Aku sudah menhubunginya beberapa puluh kali, sejak 4, 5 hari lepas. Gagal sekalipun tidak mengapa, aku tetap mencuba dan mencuba dan terus mencuba.

Aku lakukanya begitu kerana satu sebab sahaja: aku sukakan dia...itu saja...juga terselit dihati kecil aku, aku nak tahu kenapa dia tidak menghubungi aku langsung padahal dia beria-ia mengucapkan terima kasih kepada aku. Beria-ia dia mengatakan akan menghubungi aku.

Atau dia cuma...menganggap aku sebagai pemandu kereta sewa sahaja.!!!tidak lebih dr itu pun...kalau itu yang berlaku kesian kat mak aku, perut dia panas masa megandungkan aku dulu!!!!Tapi tidak..orang rabun pun pernah sukakan aku, inikan pula orang yang tak rabun.

Untuk menyedapkan hati aku sendiri, aku berkata pada hati aku..." dia sukakan kan kau, cuma dia nak tengok sejauh mana kesungguhan kau saja."

Ayat-ayat tu aku sematkan ke hati aku berpuluh-puluh kali...beratus kali...hehehehehe...tetapi seketika kemudian aku terpaksa akur juga...akur pada takdir yang telah ditetapkan keatas aku ini.....kesimpulanya aku mesti lupakan dia...lupa selupa-lupanya...

 

Bersambung lagi lah...

 


Tag/Label :
Dipostkan @ 08:29 AM | 9 Komen | Report Abuse

Saturday, April 26, 2008

Awek, aku dan dok.dok.dok... (part 1)

Kelmarin dulu,

Kelmarin,

Malam tadi,

Hari ini.

Dah hampir enampuluh lima jam lebih...itu kalau disukat dengan kiraan jam, kalau aku mengira dalam kiraan saat, maunya dah beribu-ribu saat.

Aku menunggu-nunggu, tiga tiga malam berlalu aku menanti dan melihat telefon bimbit kaler hitam atas meja macam cicak tengok kapur.

Setiap kali telefon berbunyi, dadaku serta-merta berdebar-debar.Tidak kira siang atau malam. Tetapi setiap kali melihat nombor diskrin hp, jantung aku segera luruh berderai. Masa tu juga aku rasa nak meraung, menjerit dan melolong-lolong untuk melepaskan geram.

Selama tiga hari tu sesungguhnya aku tidak mengharapkan panggilan dari sesiapa pun,baik yang masih hidup atau yang masih mati. Yang aku tunggu dan harap cuma dia. Hanya dia!

Ada juga panggilan lain yang masuk, aku layan juga, tetapi semata-mata aku ini dilahirkan sebagai lelaki budiman, hendak menyebut helo pun rasa lidah aku kelu macam mamak bangla baru belajar cakap melayu.

Tidak teringin langsung aku menjawab sebarang panggilan dari orang lain, kalau menjawab pun macam nak taknak je. Bagi aku orang lain sudah tidak begitu mustahak dalam hidup aku, yang mustahak cuma dia sahaja. Cuma dia!!!

Tetapi sudah tiga hari lebih berlalu, tidak ada panggilan darinya, tidak ada sekelumit pun sms darinya. Setiap kali handphone berbunyi aku cepat-cepat tengok, bila tengok bukan sms atau panggilan darinya aku rasa nak baling je handphone tu ke dinding. Rasa nak celup dalam baldi je hp. Selama tiga hari tu, tidak ada apa, tidak ada suaranya, tidak ada sms nya...yang ada cuma aku penunggu setia yang dungu dan hampir hampir sasau keseorangan.

Sebagai insan yang berjiwa halus aku berhak bersedih dengan keadaan itu. Memang aku sedih dan sayu. Pilu dan segala perkataan yang sama erti denganya yang boleh gambarkan dengan kesedihan.

Semalam seharian dalam kesibukan yang sengaja aku ciptakan dan reka-reka agar boleh aku lupakan ingatan terhadapnya aku masih mengharapkan panggilan darinya.

Begitulah sepanjang seharian jumaat yang malang tu, kerja aku cuma kejap kejap belek hp, kejap kejap aku tekan keypad hp tu. Takde apa apa pun, satu sms pun tak ada darinya.

Selepas sembahyang jumaat semalam, apa yang aku buat ialah cuba sibukkan diri, habis semua meja dan kertas kertas yang bertimbun atas meja aku susun. Aku lap meja, aku lap kerusi, aku basuh gelas yang bawah meja.

Keadaan lebih buruk lagi bila petang mula menghampiri ke malam. Terasa serba yang dibuat serba serbi tak kena. Pulang ke rumah aku cuma melepek depan tv . Buka TV tekan punat tv 1, bosan! tv 2 lagi bosan. TV 3 kurang sikit bosan bila tengok Norazlina Reduan tu baca berita. Tapi kejap je bila aku terfikir tentang 'dia', sekonyong-konyongnya muka Norazlina tu aku tengok tak cun..

Telefon aku masih juga macam tadi , haram takberbunyi langsung. Boringku sudah mencecah 120000 darjah. Aku sudah mula rasa nak sepak barang kalaupun tidak orang. Tengok jam rasa nak baling jam, tengok TV rasa nak sepak TV, tengok sofa rasa nak jula sofa.

Pada waktu waktu beginilah aku mula mengimbau kenapa aku menanti-nanti panggilan darinya, kenapa aku menunggu-nunggu sms darinya....aku terfikir macam -macam tentangnya.....

Aku masih ingat sewaktu mula-mula aku menerima dan memberi no telefon kepadanya kira kira 4 hari yang lepas.....

 

bersambung....hehehehe


Tag/Label :
Dipostkan @ 12:29 PM | 7 Komen | Report Abuse

Monday, April 21, 2008

Sudahkah kita bersyukur hari ini!?

Jika kita tidak mempunyai pekerjaan atau tidak bergaji besar!peduli apa, masih ada lagi orang yang tidak bekerja!. Jika kau cuma memandu sebuah kancil, peduli apa masih ada lagi orang yg cuma menungang motosikal.

Pernahkah kita merasa tidak puas hati dan meminta-minta kepada tuhan atau cuba menyalahkan tuhan atas apa keburukan yang terjadi ke atas diri sendiri?

Apa saja keburukan..misalnya mendapat seorang gf yang suka merajuk? mendapat bos yang jenis bengong, mendapat bonus yang cuma setengah bulan..mendapat kemalangan, mendapat sakit, berada dalam jem yang amat teruk, terpaksa bersesak sesak didalam bas untuk ketempat kerja dan mungkin yang lebih teruk lagi ditinggal isteri, tiada ibubapa, tiada wang dan tiada kehidupan...?

Apa saja kan..kita kan menrungut dan mengeluh...benci dengan ketidaksempurnaan yang kita dapat dalam hidup ini...

Apa yang kita tidak sedari ialah...kenapa perlu melihat semua itu satu keburukan atau bernasib malang. Peduli apa kalaukita di tipu oleh seseorang, kerana rasanya kita lebih bernasib baik tidak dibunuh terus!

Apa peduli kalau mendapat seorang gf yang merajuk, berjuta org lagi sedang mencari gf dan tidak mampu mendapat gf, peduli apa kalau kau dibuang kerja, berjuta orang lagi yang tidak dapat makan dan minum. Fikirkan orang yang sedang kebuluran di Dafur dan D Rwanda.

Aku hairan bila ada orang mengeluh dengan kehidupannya..mengeluh hidupnya tidak sempurna dan tidak mendapat semua yg di ingini..tidak kaya, tidak hemsem, (hahahaha bukan aku..bukan aku...hahahaha) tidak ada kereta 2000cc, menunggang motosikal cabut ( ini aku...hehehe) tidak punya wang yang banyak ( juga aku ni ) .

Selalu sangat kita terlupa untuk berhenti seketika dan melihat ke belakang. Melihat kehidupan orang lain yang lebih bernasib malang. Setiap orang akan ada nasib nya sendiri, setiap orang akan mempunyai masaalahnya sendiri. Masih ada lagi orang lebih teruk nasibnya daripada kita. Kalau setakat menunggang motosikal kita dah jadi terasa bernasib malang. Sah! orang itu perlu bunuh diri!! ( amaran!!!! itu adalah salah dan dilarang keras disisi agama Islam!)

Dalam hidup apa yang perlu ialah sentiasa bersyukur dengan apa yang kita dapat dan berterimakasih dengan apa yang kita tidak dapat.!!

Lakukanya dalam hidup kita...dan kita akan temui rasa bahagia hidup ini dan faham erti hidup yang sebenarnya...

Bayangkan situasi begini, kita menaiki sebuah bas dan terasa penat. Apa yg terfikir cuma ingin lelapkan mata saja, tiba-tiba terdengar budka menangis, kita rasa marah, kemudian bila budak berhenti menangis, terdengar pula orang di sebelah berdengkur dengan kuat kita rasa kenapalah malang nasib aku ni...kalau boleh nak campak je org yg sedang berdengkur tu...

Lama kemudian semua senyap, tiba -tiba bas terbabas dan terhoyong hayang...kita merasa cemas dan cepar-cepat berdoa kepada tuhan..tolong selamatkan aku, aku tidak akan lg mengeluh kepada budak yg menangis dan org sebelah kalau aku selamat...seketika kemudian bas berjaya di kawal ..Kita tidur semula..semuanya senyap dan terasa aman. Kemudian terdengar semula bayi menagis dan org berdengkur..kita jadi marah semula..dan lupakan segala doa kepada tuhan tadi.!!!

selalunya begitulah...mulalah dari sekarang berterimakasih lah atas segala apa yang terjadi dalam hidup kita!!!

Err sudahkah kita bersyukur hari ini...?

 

Notakaki:  Pengampunan adalah keharuman yang diberi oleh bunga violet ke